Shaharuddin Thamby

Shaharuddin Thamby adalah pelakon filem terkenal, teater dan drama TV di Malaysia. Beliau pernah menerima beberapa anugerah filem, antaranya anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 menerusi filem Bintang Malam. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Pemburu Bayang.